kisah 2 hari 1 malam dalam Kem Pembestarian Solat dan Taharah di SMK Seksyen 16
Assalamualaikum wbt..
H1N1!!!!!
UiTM tutup!!!
Cuti sem!!! Yahoo ke atau Huhuhu ??( dengarnya cuti raya bakal bersisa 3 hari je , alamak... )
H1N1!!!!!
UiTM tutup!!!
Cuti sem!!! Yahoo ke atau Huhuhu ??( dengarnya cuti raya bakal bersisa 3 hari je , alamak... )
I spent my previous weekend at Dewan Seminar Blok U, Faculty of Education, attending marriage course which organized by Intec HEP together with JAIS. On the first day of the course, I was busily engaged in every-day-must-have scenes available in the classes or in any courses ; either I'm struggling to stay awake or trying to act naturally (in which I always failed (sigh) I really need to brush up my acting skills) as if I'm okay, I'm interested with a straight poker face on what the speaker in front of is talking about.
Well then, just like what an ordinary student's life in a holiday is, thanks to EE for her Wimax ( wink,wink ) , again, I'm back in complete otaku mode. Night and day, in front of my laptop, savouring the everlasting excitement and thrilling sensation from my beloved manga :) Oh, life is a heaven indeed~~~
Okay, back to the business.. ( Mukadimah tu )
Kisah di Kem Solat dan Taharah di SMK Seksyen 16.
Saya baru sahaja kembali dari kem tersebut petang tadi. Terima kasih pada ustaz yang sudi tolong hantarkan kami, fasi-fasi, ke rumah masing-masing, syukran jazilan. Oleh kerana destinasi saya terletak di seksyen 18, jadi saya adalah orang terakhir yang dihantar. Dalam perjalanan ke kolej Akasia, saya sempat bertanya kepada ustaz persoalan yang berlegar dalam fikiran saya sejak semalam lagi.
Dialog dalam Kelisa yang menuju ke seksyen 18..
" Ustaz, semalam sebelum slot muhasabah diri, Cik Lan suruh kitorang fasi-fasi ni, kenal pasti pelajar yang bermasalah, pelajar yang pernah berzina. Oleh kerana sepanjang saya berprogram, saya tak pernah terfikirkan tanya bab ni bila berhadapan dengan peserta, jadi saya terlupa nak tanya. Bila Cik Lan tanya, saya bagitau, saya tak tanya, lupa. Perlu ke kita tanya hal-hal tu ustaz?"
" Kalau saya, memang saya tanya".
" Betul ustaz, tapi bagi saya, persoalan tu tak relevan dengan matlamat dan pengisian program. Lagipun, apa tujuan kita nak menyelidik kisah - kisah tu? Bila kita dah tau, automatik kita dah ada tanggungjawab nak bantu pelajar berkenaan. Kalau sekadar nak mendengar, bertanya dan bagi kata-kata yang bersesuaian, tak ada apa yang berubah dari sebelumnya. Apa sebenarnya yang nak dicapai dari menyelidik tu, apa hala tujunya. Dahlah kita baru je jumpa budak-budak tu semalam. " ( wah, emosi plak saya ni )
" Kita kena rapat dululah ngan budak- budak tu... ( Ustaz pun mula bercerita tentang sorang pengkid yang berada di bawah pengawasannya)
" Tulah pasal ustaz. Bagi saya, saya perlukan masa untuk merapati peserta, bina hubungan dulu, sebab hal- hal macam ni bukan boleh buat suka hati je. Saya tak peduli pasal apa yang dia dah buat di luar ( yelah, itu hal dia ngan Allah - ustaz), bukan saya tak ambil kisah ustaz, tapi saya rasa lebih baik saya tumpukan pada apa yang saya nak sampaikan. Bukan tumpu pada kisah lalu dia, yang penting dia nak berubah... " ( dengan kata lain, jangan melabel peserta dengan apa yang dia lakukan di masa silam)
".................................................." ( mungkin saya bercakap macam minyak masak memercik, ustaz tak ada ruang nak mencelah ataupun ustaz tengah mendengar ataupun ustaz rasa saya ni emosional kot, wallahualam)
Depan bus stop Akasia..
" Saya tak kisah ustaz, yang penting budak- budak nak dengar apa yang saya nak kata ustaz. Terima kasih banyak-banyak ustaz.. " ( pintu kereta ditutup )
" Sama-sama.."
I, urm, sounded emotional and immature, forgive me Allah for such a weak self-control..
Apa yang saya nampak dalam kem tu adalah senario tipikal program anjuran kerajaan. Bukan mahu melabel, bukan mahu menjadi pro-pembangkang, tetapi itulah hakikatnya. Setelah sekian lama saya tidak menghadiri program keagamaan anjuran agensi kerajaan, pada cuti mid-sem lalu saya mengikuti program Kem Belia Hadhari anjuran Jakim Telupid, Sabah. Hasilnya? 'Pattern', kelemahan ,masalah dan sikap urusetia yang cukup saya benci jelas terpampang. Masalah yang sama juga saya lihat berlaku dalam kem solat di SMK Seksyen 16 ini, dalam situasi yang sedikit berbeza, namun intipatinya tetap serupa.
Benar, memang setiap program ada masalahnya. Akan tetapi, terdapat beberapa aspek yang tidak boleh gagal terutamanya dari segi pengurusan masa dan pengendalian modul yang bersesuaian dan fleksibel. Kegagalan aspek-aspek ini memang tidak boleh dimaafkan kerana natijahnya amat besar, bukan sahaja kepada perjalanan program, tetapi juga terhadap individu-individu yang terbabit. Kalau program tu sekadar 'tangkap muat', ala kadar, asal ada, bak kata pepatah ' melepaskan batuk di tangga', jadi lebih baik tak usah buat program. We can't afford to waste our time, money and energy on such poor planned programme, if we really want to move forward.
Yang paling malang sekali, senario program seperti ini akan meninggalkan kesan yang lebih besar dan mendalam terhadap peserta-peserta program. Pertama, kepimpinan adalah melalui tauladan. Jika inilah gaya kepimpinan yang kita tonjolkan kepada peserta-peserta, tidak mustahil ada yang terpengaruh dan mengadaptasikan nilai-nilai ini dalam diri sendiri, tetapi juga ketika mengendalikan program kelak. This means, the circle has not been broken, as we keep on walking in the same wheel again and again. Perubahan yang diharapkan tak kunjung tiba.. Kedua, peluang dan kesempatan yang kedua tidak selalu hadir, jadi manfaatkan apa yang Allah kurniakan sebaik-baiknya. Not all people are lucky to be given second chance, and not all second chance are really worthwhile because people are inconsistent.
Saya amat tersentak apabila saya diminta untuk menyelidiki kisah lampau peserta, bukan yang baik, tetapi berkaitan zina dan status diri. Sungguh, inilah pertama kali saya berhadapan situasi begini. I was asked to find out on the dark side of a total complete strangers ; to determine who is the hardcore, problematic students for unknown reasons. Sepanjang hidup saya di dunia ni, prinsip saya dalam berkawan, terima diri dia seadanya dan kalau boleh dibantu untuk berubah, usahakan sekadar yang termampu. Apabila para fasi mula bercerita tentang hasil slot ( pelajar yang berjaya dikenalpasti), saya termenung. Apakah ini yang kita cari dalam program ini? Memang masalah sosial ; zina, mengandung anak luar nikah berlaku, tetapi adakah kita wajar mencari-cari individu yang terbabit, sedangkan kita tidak ada 'guideline' apa tindakan selanjutnya? Ibarat menenangkan anak kecil yang menangis di tepi jalan, diberi gula-gula dan kata-kata pujukan, tetapi belum tentu anak kecil itu akan dihantar pulang ke rumahnya. Mungkin para fasi bercerita untuk berdiskusi dan mengambil iktibar. Tetapi, di kalangan fasi juga bersetuju bahwa, kita hanya mampu mendengar dan memberi kata-kata yang sewajarnya, kita tak mampu untuk menarik mereka keluar dari masalah tu. What an irony. What a tragedy.
Hurm.. Semua tu adalah pengalaman. Mudah-mudahan program ini akan menjadi pembuka kepada siri- siri program akan datang yang boleh saya ikuti. Harap-harap ada jugalah yang peserta-peserta tu dapat dari program ni :)
Comments
Post a Comment